Pengenalan – Apa itu WordPress?

Pengenalan – Apa itu WordPress?

WordPress mula dibina pada tahun 2013 untuk memudahkan penulisan artikel dengan pengguna yang boleh dibilang dengan jari. Sejak dari itu, ia telah berkembang menjadi salah satu medium penulisan blog yang dihos sendiri yang terkenal di dunia. Digunakan oleh berjuta laman sesawang di seantero dunia dan dibaca boleh jutaan pelawat dari pelbagai lokasi dan negara setiap hari.

WordPress dibina dengan mengamalkan konsep sumber terbuka, dan sehingga hari ini, ramai pembangun laman web telah menyumbangkan pelbagai idea dan kod yang telah diserapkan ke versi demi versi WordPress yang kita boleh perolehi sekarang. WordPress disertakan dengan pelbagai kemudahan untuk menguruskan isi kandungan atau laman sesawang kita tanpa perlu belajar selok belok pengaturcaraan yang tinggi. Sekiranya anda pertama kali ingin mencuba menggunakan WordPress, usah khuatir, selepas anda membaca Panduan Lengkap WordPress ini, anda akan boleh menggunakan WordPress tanpa sebarang masalah.

 

  « Panduan Lengkap WordPress