#

3 Perkara asas pembinaan jenama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

jenama adalah perkara yang sudah tidak asing dalam kehidupan kita, bermula dari kita terjaga dari tidur, jenama ini seakan sudah sebati dalam rutin seharian. Apabila kita mengambil ubat gigi yang biasanya dipanggil Colgate walaupun jenama lain yang kita maksudkan, ini semua sudah menjadi kebiasaan. Oleh yang demikian, apabila kita ingin mendapatkan hasil dalam kegiatan atas talian atau luar talian, penjenamaan yang baik akan membantu kita dalam proses ini.

Apabila bercerita mengenai jenama, kata kunci paling penting adalah nama. Kita akan dikenali kerana nama yang kita pilih, sekiranya teruk nama yang kita pilih pada awalnya, perjalanan apa yang kita rancang mungkin akan terganggu di tengah jalan. Elakkan menggunakan nama yang mungkin akan memberikan impresi pertama yang tidak baik kepada produk atau perkhidmatan yang kita sediakan. Pilihlah nama yang sesuai dengan produk dan perkhidmatan yang anda sediakan.

Seterusnya, apabila kita telah mempunyai nama yang baik, dalam proses penjenamaan, antara perkara yang juga penting adalah logo yang akan digunakan. Terdapat pelbagai jenis logo yang boleh kita gunakan, contoh sekadar penulisan tetapi dengan gaya menarik, atau disertakan dengan gambar objek yang melambangkan apa yang kita sediakan, atau sekadar objek abstrak yang ingin kita gunakan. Penyediaan logo ini penting untuk memberikan pendedahan kepada para pelanggan kita. Tanpa logo yang konsisten, pelanggan akan keliru dan mudah lupa dengan jenama kita.

Contoh jenama logo

Anda bebas untuk memilih jenis logo yang anda gemari, apa yang penting, selepas anda membuat pilihan, anda perlu menggunakan logo yang sama setiap kali. Penjenamaan semula adakalanya perlu dilakukan, namun ianya adalah proses yang memakan belanja yang tinggi sekiranya jenama anda sudah terkenal. Oleh yang demikian, kita cuba sedaya upaya untuk memastikan produk awal penjenamaan dibuat dengan betul. Sekiranya kita perlu mengupah individu atau syarikat untuk membantu kita dalam proses penjenamaan, usah gundah gulana, mintalah bantuan mereka agar anda tidak perlu melakukan proses penjenamaan semula pada masa akan datang.

Perkara terakhir dalam perkara asas penjenamaan, adalah anda sendiri perlu suka dengan jenama yang anda gunakan. Sekiranya anda sendiri tidak merasakan keistimewaan jenama yang anda gunakan, ianya akan menyukarkan proses pengenalan atau pemasaran produk atau perkhidmatan menggunakan jenama yang telah anda pilih. Walaupun mungkin ayat ini agak pelik, tetapi memang wujud kejadian di mana, setelah semua proses awal penjenamaan selesai dibuat, mereka tidak menggemari jenama yang mereka sendiri cipta. Akhirnya semua usaha penjenamaan yang dibuat, tidak mendatangkan sebarang hasil.

Semoga artikel ringkas ini membantu anda dalam proses pembinaan jenama. Sekiranya anda tidak pernah memikirkan perkara ini, masih belum terlambat untuk mulakan proses ini dari sekarang. Kami di Eizil Network sedia membantu sekiranya anda memerlukan perkhidmatan rekaan logo atau seumpamanya.

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan

zuan

28 May 2013, 02:42 AM

thanks bro.. sangat membantu clearkan kebuntuan yang anda

Reply

    Eizil

    28 May 2013, 09:20 AM

    kebuntuan untuk apa tu bro?

    Reply

Izzuddin Fauzi

28 May 2013, 02:47 AM

Dalam branding benda yang paling utama ialah NAMA – nama pun jeNAMA – WAJIB UNIK. Logo yang berbentuk typo memang mudah untuk dihasilkan, tapi sebenarnya kalau nak di ikutkan yang berbentuk logo lagi bagus sebab logo lebih unik. Bukan maksud typo tak unik – typo akan jadi unik bila font yang digunakan ialah unik (tak ada orang guna dan fon tu kita je yang ada) πŸ™‚

* Saje nak memanjang2…

Reply

    Eizil

    28 May 2013, 09:21 AM

    selagi mana ianya menarik, jenis logo adalah pilihan dan mengikut citarasa masing-masing, lain syarikat lain strategi yang ingin digunakan.

    Reply

onlajer

28 May 2013, 03:15 AM

tengok tandanya betul je dah tahu jenama apa ya

Reply

    Eizil

    28 May 2013, 09:22 AM

    itu adalah apabila jenama kita telah berjaya menembusi pasaran, perkara yang perlu kita rancang untuk capai.

    Reply

Dawaihati

28 May 2013, 03:39 AM

Memang penting sekali 3 asas pembinaan jenama ini, trims bro.

Reply

    Eizil

    28 May 2013, 09:22 AM

    sama-sama bang dadan, semoga boleh diterapkan.

    Reply

titan

28 May 2013, 04:34 AM

aku lebih suka jenama guna tulisan. lebih dekat ke hati. haha..

Reply

    Eizil

    28 May 2013, 09:23 AM

    haha… macam mana tulisan lebih dekat ke hati ya? sebab guna nama titan?

    Reply

Asyrof – Blogger Tanah Arab

28 May 2013, 08:46 AM

Saya sedang membina jenama blog Utama dan jenama blog syarikat.

InsyaAllah, sedikit masa lagi akan jadi CEO. πŸ™‚

Reply

    Eizil

    28 May 2013, 09:23 AM

    semoga semua urusan penjenamaan bro berjalan lancar. πŸ™‚

    Reply

hafizrahim

28 May 2013, 10:55 AM

Teringat plak kat branding yang paling hebat..maggi..makan lah apa brand pun sure orang panggil maggi

Reply

    Eizil

    28 May 2013, 11:28 AM

    tak dilupakan pampers… πŸ˜€

    Reply

Alin Marlini

28 May 2013, 12:53 PM

Sukar juga nak buat jenama sendiri ni πŸ™‚

Reply

Mass

14 June 2013, 01:28 AM

mcm mane nak buat logo yang simple tapi menarik..bersesuai dengan nama biznez..tq

Reply

    Eizil

    17 June 2013, 03:23 AM

    Kalau perlukan perkhidmatan pembuatan logo, pihak kami ada sediakan juga perkhidmatan sebegini.

    Reply