#

Apa anda perlu tahu jika berpindah dari Blogspot ke WordPress

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sudah hampir enam minggu pihak Eizil Network menjalankan kempen Jom Pindah ke WordPress, dan sepanjang tempoh itu, sudah ada sebilangan pengguna blogspot yang mengambil langkah untuk berpindah demi memastikan kerjaya mereka dalam bidang penulisan blog ini boleh dipertingkatkan. Jika sebelum ini kita bercerita mengenai kelebihan WordPress, kali ini ingin berkongsi beberapa khabar angin atau mitos yang membuatkan ramai pengguna blogspot berat hati untuk berpindah ke WordPress.

Pagerank

Ramai yang khuatir pagerank mereka akan jatuh, perkara ini adalah benar sekiranya anda masih menggunakan subdomain *.blogspot.com, namun ianya adalah tidak benar sekiranya anda telah menggunakan domain sendiri. Berpindah ke platform WordPress tidak akan mengganggu pagerank anda, malahan, jika betul strategi yang digunakan, pagerank anda akan meningkat apabila proses kemaskini pagerank dilakukan oleh pihak Google.

Senarai komen

Perkara lain yang dikhuatiri adalah akan kehilangan semua komen-komen yang telah terkumpul di blogspot. Kepada sesiapa yang mempunyai kerisauan sebegini, usah khuatir, semua komen tersebut akan dipindahkan ke WordPress juga mengikut artikel yang telah ditulis. Tiada pengurangan komen yang akan berlaku jika proses pemindahan dilakukan dengan betul. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Eizil Network, kami akan memberikan jaminan semua pemindahan akan dilakukan dengan lengkap.

Bagaimana ingin menulis

Ini juga telah menjadi antara soalan yang kerap kami terima, seperti juga blogspot, WordPress mempunyai panel penulisan Visual yang membolehkan anda menukar warna tulisan, format tulisan dan pelbagai lagi yang membolehkan anda menulis artikel tanpa berasa kekok. Bahkan, anda juga akan menikmati penulisan dengan kod html yang jauh lebih bagus jika dibandingkan dengan blogspot. Ini adalah perkara teknikal yang kita tidak nampak apabila menggunakan WYSIWYG Editor, namun sekiranya kita memang mementingkan prestasi blog kita, inline styling yang banyak digunakan dalam blogspot dapat kita elakkan.

Kos yang tinggi

Ini perkara terakhir yang membuatkan ramai tidak mahu bertukar kepada WordPress (self-hosted), kerana khuatir kos yang tinggi untuk menggunakan WordPress. Ingin kami tekankan, sekiranya anda memilih pakej paling kecil kami iaitu pakej Bronze, anda hanya perlu membayar RM80 setahun dan tambahan RM35 setahun untuk domain dot com. Ini adalah bayaran tahunan dan bukannya bulanan. Jika kita bahagikan kepada bilangan hari, anda hanya perlu membayar kira-kira 32 sen sehari untuk membolehkan anda menggunakan platform WordPress (self-hosted) ini.

Bagaimana kalau ada masalah?

Sekiranya kita ingin mengorak langkah lebih jauh dalam bidang penulisan blog ini, kita perlu berani untuk menghadapi masalah yang datang. Namun begitu, sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Eizil Network, kami tidak akan membiarkan anda dibelenggu masalah berkaitan WordPress secara berterusan. Pengalaman lebih 7 tahun menggunakan WordPress memberi kami kelebihan untuk membantu pelanggan-pelanggan kami sekiranya berlaku sebarang masalah di laman blog anda.

Tambahan, kami juga telah bekerjasama dengan pihak Denaihati Network mengadakan seminar-seminar berkaitan WordPress yang akan memberi pendedahan kepada anda bagaimana untuk menggunakan WordPress dari asas sehingga ke peringkat lanjutan. Anda boleh klik pada banner di bawah untuk mendaftarkan diri ke seminar yang akan diadakan pada 22hb dan 23hb Jun ini.

junior class animated 728 Banner

Semoga tips-tips ini akan memberikan anda kelegaan atas kerisauan yang mungkin melanda selama ini. Jom kita pindah ke WordPress.

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan

Irwan Alessa

18 June 2013, 04:23 AM

Pada mulanya ada rasa macam ni dulu.. Tapi sebab Bro Melastik Bintang sarankan, memang berpuas hati.. Klau ada masa nanti boleh setupkan subdomain pula πŸ™‚ terfikir nak buat blog lain pulak hehehehe.. Tapi biar lah mantap dulu..

Reply

onlajer

18 June 2013, 04:28 AM

Yeah Wp senang nak pantau trafik yang datang

Reply

Dawaihati

18 June 2013, 04:33 AM

Apa yang dikatakan di atas benar semuanya dan telah saya alami dengan bimbingan dari bro Eizil.
Jadi buat rakan semua, jangan ragu lagi untuk berpindah ke wordpress πŸ™‚

Reply

Norfanil

18 June 2013, 05:54 AM

pernah buat sendiri pindahan ke wordpress dr blogspot..
rakan punya..
unfortunately tak berjaya pindahkan semua,
sebab entry terlampau banyak, dan komen pun sama…

#ada cara ke nak export semua?

Reply

    Khairil Mazri

    27 July 2013, 01:41 AM

    selalunya guna blogger export. try it

    Reply

fyna

18 June 2013, 06:05 AM

dulu pun fyna tak nak tukar ke wp. sebab sayang follower dan page rank. tapi tue semua fyna tolak ke tepi. jadi blog kita selamat dan ada semangat baru dengan menggunakan wp ^_^

Reply

dayah

18 June 2013, 06:53 AM

Mmg nak sangat join seminar tapi tarikh xngam..

Reply

titan

18 June 2013, 11:44 AM

dia lom nampak lagi penangannya. Dah nampak, confirm menyesal tak pindah awal-awal. haha

Reply

Myra Jay

20 June 2013, 07:58 AM

Memang ada perancangan nak bertukar..
sebab study pun dah habis, boleh fokus kepada blog..

InsyaAllah akan roger Eizil bila nk bertukar nanti πŸ™‚

Reply

Hafizul

30 June 2013, 07:59 AM

Terima kasih eizil kongsikan..alhamdulillah..saya kenal dengan WP jer..haha

Reply

Carlos Santiago

04 July 2013, 11:38 AM

aku baru tukar domain. tunggu kukuhkan domain dulu la. baru nk tukar pada WP. setakat ni okey lagi.

Reply

Khairul Zamri

19 July 2013, 04:37 PM

Suka wordpress tidak terkata-kata selepas berpindah sgt berpuas hati sy sudah anda bila lagi?

Reply

Khairil Mazri

27 July 2013, 01:19 AM

semakin serasi dgn wordpress. skang terus tinggal blogspot. huhu

Reply

hafizrahim

27 July 2013, 01:33 AM

kebanyakannya dah terlalu biasa dan selesa dengan blogspot..sebab tu diorang pikir banyak kali nak berpindah..tapi lepas berpindah ke WP, confirm akan menyesal tak pindah awal2..hehehe

Reply

Wan Gerrard

27 July 2013, 02:48 AM

dah lama tinggalkan blogspot, sangat puas hati

Reply

Farisya Anastasyia

27 July 2013, 04:14 AM

Alhamdulillah.rezeki melimpah sejak bertukar ke WP πŸ™‚

Reply

myvitrd

29 July 2013, 04:13 AM

Telah diakui perkhidmatan dari Eizil.. memang cepat dah pantas.. ini kerana saya salah sorang yang melanggan pakej hosting beliau untuk web ecomerce saya.. sikit hari nak langgan untuk blog pulak. πŸ™‚

Reply

Zuan

02 August 2013, 12:18 PM

hehe tunggu bro, inshaAllah akan join kelas master nanti πŸ˜€

Reply

Warren Kuan

24 August 2013, 08:31 AM

WordPress memang nampak lebih Pro jika dibandingkan dengan blogspot.
Harga Rm80 nie memang berbaloi,janju Pro kan?! πŸ˜‰

Reply

mira

14 October 2016, 12:01 AM

Saya masih baru dlm blogging. Setelah baca point pagerank, bila akan teejadinya pagerank jatuh ni ye.. jadi kalau tak nak penkng kepala..perlukah tukar siap2 dr blogspot ke wordpress?

Jemput jalan ke entry saya http://amanahbuatku.blogspot.my/2016/10/banyaknya-kelebihan-bawang-putih-yang.html?m=1

Reply