#

Bagaimana menghadapi kegiatan plagiat.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Mengikut takrifan kamus dewan versi keempat, plagiat bermaksud mencedok kata-kata, idea, dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakan­nya sebagai karyanya sendiri. Perkara ini berleluasa dalam pelbagai bidang pada masa sekarang, termasuklah dalam bidang penulisan blog. Ramai blogger yang berasa resah dan gelisah apabila artikel atau penulisan mereka di tiru atau disalin secara bulat-bulat. Ini sememangnya bukanlah situasi yang sihat untuk industri penulisan blog.

Ramai blogger mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini, antaranya mereka mengaktifkan fungsi disable right click, disable text selection dan pelbagai lagi. Walaupun pada dasarnya kita nampak perkara ini boleh mengatasi perkara tersebut. Namun ianya mendatangkan keburukan lain kepada blog kita, disebabkan segelintir yang tidak beretika, kita menghukum semua pelawat blog kita.

Disable Right Click

Disable right click ini biasanya dicapai dengan menggunakan fungsi berasaskan javascript. Bermaksud sekiranya individu yang ingin menyalin artikel anda, mereka hanya perlu disable javascript untuk membolehkan semua artikel disalin dengan mudah. Tujuan untuk menghalang artikel daripada disalin tidak tercapai. Bahkan memberikan pengalaman membaca artikel yang kurang menarik kepada pembaca, kerana carian pantas ke google dan beberapa fungsi lain tidak dapat dibuat.

Jika penggiat plagiat, pasti mereka berusaha dengan nyahaktifkan javascript dan sebagainya, tetapi jika pembaca biasa, mereka akan merasa tersekat dan kebarangkalian mereka akan mengulangi pembacaan artikel lain adalah rendah kecuali artikel kita memang cukup berkualiti untuk menarik perhatian mereka.

Disable text selection

Ini juga semakin mendapat tempat di kalangan blogger yang kononnya ingin melindungi penulisan mereka. Memang benar ianya akan semakin sukar untuk disalin kerana perlu melakukan perkara lain. Namun begitu, cara untuk mengatasi fungsi disable text selection ini adalah amat mudah bagi individu yang ingin menyalin.

Namun demikian, bagi blogger beretika yang hanya ingin mengambil satu atau dua ayat sebagai rujukan di artikel mereka, ini adalah perkara yang menjengkelkan. Jika mereka benar-benar ingin menggunakan ayat tersebut, mungkin mereka akan menaip semula, jika tidak, kita akan hilang peluang untuk mendapat backlink percuma dari blogger beretika tersebut.

Langkah perlu diambil

Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini? Kita menulis dengan lenggok bahasa kita dan sentiasa cuba untuk berinteraksi dengan pembaca dalam artikel kita. Walaupun mungkin ada yang cuba menyalin artikel tersebut, tetapi ianya tidak akan memberikan impak yang berpanjangan. Mereka tidak akan dapat menarik minat pembaca setia kerana artikel yang disalin tersebut mungkin tidak sesuai dengan pembaca yang hadir di blog mereka.

Fokus untuk terus menulis dan menulis, dan sekiranya anda menjumpai artikel anda diplagiat, sila hubungi mereka menyatakan artikel tersebut adalah kepunyaan anda dan sekiranya mereka berdegil, ada saluran untuk melaporkan kegiatan mereka itu.

Akhir sekali, sekiranya artikel kita itu berkaitan dengan perkongsian ilmu yang baik, biarlah mereka melakukan plagiat kepada artikel tersebut, sekurang-kurangnya, ilmu yang dipinjamkan itu akan tersebar kepada lebih ramai orang, dan kita tetap akan mendapat saham yang jauh lebih bernilai dengan perkongsian ilmu tersebut.

Kegiatan plagiat ini akan terus berlaku selagi mana ada yang ingin mengambil langkah mudah untuk mencapai apa yang cuba mereka capai. Namun begitu, usah fokus pada segelintir individu ini dan menyebabkan majoriti pengunjung kita yang lain menjadi mangsa.

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan

KiD

19 June 2013, 01:32 AM

betul laaa ni kan.. kadang-kadang nak cepat untuk cari maksud terms dalam google tu.. tapi jadi lambat pulak kalau disable klik

Reply

onlajer

19 June 2013, 01:33 AM

haha bro dua tiga ayat lah dekat sini

Reply

    Eizil

    19 June 2013, 02:28 AM

    ayat apa tu ya? tak faham apa bro cuba sampaikan…

    Reply

      onlajer

      19 June 2013, 10:06 AM

      takdelah saja aku nak cakap aku nak copy dua tiga ayat ter typo pulak,
      aku tak kisah sangat cuma rasa penat mata dengan menaip tu je yang jadi hati ada rasa sakit heh

      Reply

boni kacak

19 June 2013, 04:31 AM

Bro, mohon bongkarkan saluran mana untuk buat adan tu ye

Reply

Dkna Abza

19 June 2013, 05:20 AM

ermm..bertul gak kan.. biarkan jer tapi tetap sakit hati sebab ditiru tambahan lak kalau buat sponsor post 🙂

Reply

shraqs

19 June 2013, 06:55 AM

Dulu2 rajin jugak hantar email bagitau si copycat mintak remove @ bagi sumber rujukan kalau didapati diorang copy post tanpa sebarang linkback.

Sekarang ni, saya terus je lapor ke servis Google DMCA Takedown.

Buat penat je berbuat baik lebih2. 🙂

Reply

titan

19 June 2013, 07:06 AM

gua tak kesah sangat. Yang penting, jangan bagi gua tahu. Haha..

Reply

MK Kimi

19 June 2013, 08:38 AM

dulu pernah psg plugin disable right click tp diri sendiri pon ssh nk buat carian pantas tu. kalau tuan blog pon dh rs susah apatah lg pembaca kan? so buang je. kalau nk copy sekaipun, copy lah cume kreditkan kpd penulis asal.mudah je tp xramai yg aware

Reply

wazy

19 June 2013, 03:45 PM

Kalau diberi kredit kepada penulis asal serta di olah sendiri isi-isinya kira boleh dimaafkan

Reply

Khairul Zamri

19 June 2013, 03:51 PM

betul tu interaksi dengan pembaca blog kita itu bagus 🙂

Reply

fyna

20 June 2013, 12:53 AM

terima kasih. boleh dijadikan panduan bersama-sama…

Reply

Myra Jay

20 June 2013, 07:53 AM

TQ sharing Bro..
Memang kita akan marah bila entry kita dicedok, tapi itula perkara begini susah kita nak halang..

tp bila kita fikir +ve, mudah-mudahan ilmu yg dikongsi dinikmati bersama

Reply

Juan

21 June 2013, 08:46 AM

wow, dah lama x kesini, tgk tgk jer dah baru design, hehehe

Reply

    Eizil

    22 June 2013, 12:13 AM

    ini web lain ni bro… 😀 bukan eizil.com hehehe

    Reply

      Juan

      22 June 2013, 02:10 AM

      eh yer ke bro, ingat diredirect ker aper

      Reply

Faizal Fredley

24 June 2013, 10:37 AM

hehe..bagi aku x kisah sgt kena plagiat ni tp jgn semua entry nak plagiat..1 2 tu leh maaf kan algi..

Reply

Hafizul

30 June 2013, 07:57 AM

Emm macam2 hal lah kan..saya pernah jugak kena mcm ni..tajuk artikel kita buatkan untuk mak..tak sampai sari ada yang copy masuk dalam blog mereka..dah bagitau pihak sana..dan mereka buat dek je..saya pun buat dek juga lah..mana lah pandai nak buat apa kan..emm tak apalah..saya halalkan semua..diorang nak ambik, diorang ambik lah..sebab saya tahu artikel blog saya banyak yang tak guna dari yang berguna..hehehe..

Reply

Carlos Santiago

04 July 2013, 11:31 AM

betul juga

Reply

Carlos Santiago

04 July 2013, 11:32 AM

betul juga tu. aku buang balik la disable tu. aku disable haritu pun ada org copy sebijik sekali dgn tajuk. hampeh.

Reply

titan

17 July 2013, 01:06 AM

payah dah sebenarnya.

yang rajin copy paste ni..bukan lagi dikalangan orang “bodoh”. Dulu mungkin gak..diorang main copy paste..tapi golongan yang terbaru.. diorang lagi “bijak”, Kita buat la camana..tetap kena copy gak..

Reply

Zuan

02 August 2013, 12:11 PM

kegiatan plagiat ni bukan je ada di dalam dunia blog, di dunia pendidikan pun sama.

Reply

pahan

11 September 2013, 12:22 PM

mcm tajuk asigment aku bulan lepas je.hehe. anyway, lama dah tak lawat sini.hehe.

Reply

mira

14 October 2016, 12:23 AM

Saya baru terfikir nak disable right click. Tm kasih kongsi maklumat berharga ni.

jemput lawat entry saya yang best..hihi..

http://amanahbuatku.blogspot.my/2016/10/mana-peranan-ayah-bila-ibu-susui-bayinya.html

Reply