#

Kawalan keselamatan akaun emel

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pada zaman serba teknologi ini, emel sudah tidak asing bagi kita. Boleh dikatakan semua orang mempunyai emel, jika bukan untuk menghantar email, ianya sekadar untuk pendaftaran di laman-laman sosial yang begitu banyak sekarang ini. Mahu atau tidak, kawalan akaun emel ini adalah penting terutama kepada para penggiat aktiviti atas talian.

Perkara ini bertambah penting sekiranya kita mejalankan aktiviti perniagaan atau perkara-perkara yang melibatkan data yang sensitif. Sudah acapkali kami di Eizil Network menerima pertanyaan berkenaan akaun email yang diceroboh dan seumpamanya. Ini semua adalah perkara yang kita tidak dapat lari apabila kita melakukan aktiviti atas talian.

Perkara paling penting yang perlu kita ambil berat, adalah kata laluan yang digunakan untuk akaun emel kita. Ramai yang mengambil langkah mudah dengan menggunakan kata laluan seperti QWERTY123, ASDFGH00, zxcvnbm dan seumpamanya. Tujuan mereka hanyalah satu, kerana khuatir akan terlupa kata laluan tersebut. Jangan sekali-kali kita menjadikan akaun kita sasaran mudah kepada para penceroboh. Ada banyak cara sebenarnya untuk mendapatkan kata laluan yang rumit untuk diteka, tapi mudah untuk diiingat (akan dikongsikan dalam siri artikel yang lain).

Cara pemilihan kata laluan yang betul

Selain itu, majoriti penyedia perkhidmatan emel pada masa sekarang, sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk kita menambah fungsi keselamatan pada akaun emel kita. Ini termasuklah fungsi pengesahan 2 langkah untuk kita daftar masuk ke akaun kita. Fungsi ini memberikan kita lebih kawalan ke atas akaun emel kita, sekiranya penceroboh atau kita ingin membuka emel dari komputer yang tidak dikenali atau telah luput tempoh pengesahan, kod tambahan akan perlu diisikan semasa ingin daftar masuk. Kod ini biasanya akan dihantar dalam bentuk sms atau dengan menggunakan aplikasi di telefon.

Namun begitu, walaupun fungsi ini telah lama diperkenalkan, masih ramai yang mengambil remeh perkara ini, lebih baik kita cegah daripada sebarang pencerobohan sebelum terlambat. Sekiranya anda masih belum mengaktifkan fungsi ini, kami menyarankan anda berbuat demikian sekarang. Sudah banyak kes-kes pencerobohan emel yang telah kami terima, ada akaun yang berjaya kami dapatkan semula, tetapi banyak juga yang memang hilang begitu sahaja.

Semoga kita menjadi pengguna internet yang lebih peka mengenai perkara sebegini, emel merupakan perkara yang perlu dijaga dengan rapi agar perkara atau kejadian yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan

Ladfe Amir

29 May 2013, 02:15 AM

mmg ada password yang saya juga sama sejak 20tahun yang lalu. setakat ini ianya antara password yg sukar diramal.

Reply

Dawaihati

29 May 2013, 02:20 AM

Memang penting tu membuat kata laluan yang rumit dan sukar diteka dan mudah diingat.
Terima kasih bro telah mengingatkan

Reply

ProfHariz

29 May 2013, 02:22 AM

Bab-bab kata laluan juga saya failed. Kalau letak 3!z1ld0tMy macam ni. Jenuh nak ingat perlu juga simpan di dalam notepad. Hahaha

Reply

Asyrof – Blogger Tanah Arab

29 May 2013, 02:35 AM

Teringin nak tahu perkongsian saudara berkenaan membuat password yang rumit untuk diceroboh tetapi senang diingat.

Saya menanti. ๐Ÿ™‚

Reply

wazy

29 May 2013, 03:05 AM

Terima kasih untuk penerangan tentang kawalan keselamatan akaun email ini,kata laluan yang kuat serta panjang memang penting,rasanya setiap 2 atau 6 bulan kita tukar untuk tingkatkan keselamatan pun boleh

Reply

myvitrd

29 May 2013, 05:37 AM

Memang betul bro.. jgn pandang enteng pada katalaluan email.. sebab kebanyakkan user akan menggunakankan katalaluan yg sama untuk semua access aplikasi online..jadi kalau email punya password dah berjaya diceroboh tidak mustahil lain2 perisian pun boleh diceroboh juga

Reply

suri

31 May 2013, 10:12 AM

ha baru perasan dia akan send kt hp kt.. utk pengesahan. kita sering terlepas pandanng tapi itulah kebenarannya.bila terhentuk baru kita sesal.

nota:akan tggu entri pasal paswod tu hee..

Reply

Khairul Zamri

31 May 2013, 10:21 AM

first time baca benda ini, kena faham betul2 sebab berguna ni. pasword sy memang panjang lebih 20huruf buat sejak tahun 2003 lagi haha

Reply

Izzuddin Fauzi

31 May 2013, 03:01 PM

Sy biasa pakai password generator dari CPanel sendiri… Memang kukuh PWDnye… Simpan password pakai Keypass ๐Ÿ™‚

Reply

Faizal Fredley

02 June 2013, 05:10 PM

amat berguna entri ni…maklumlah bila tingga satu hostel dengan semua student network ngn komputer ni memang dah x selamat rasa…asyik kena hack jer..

Reply

titan

02 June 2013, 05:21 PM

setuju. masih kena lebih berhati-hati selepas ini.

Reply

Pentingnya pengurusan kata laluan di zaman teknologi | Eizil Network & IT Solutions

04 June 2013, 05:03 PM

[…] artikel Kawalan keselamatan akaun emel, kita ada membincangkan mengenai kata laluan yang baik dan juga langkah pengesahan dua peringkat […]

Reply

Ayu Jamal

20 July 2013, 05:00 PM

memang banyak yang nak kena upgrade nih

Reply