#

Kelebihan dan kekurangan shared hosting

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ini kita akan berbincang mengenai kelebihan dan kekurangan menggunakan shared hosting. Pasti ramai sudah arif dengan terma shared hosting yang bermaksud ruangan simpanan data yang kita sewa daripada penyedia perkhidmatan seperti Saleiz Webhosting untuk membolehkan laman sesawang atau blog kita dilayari oleh para pengunjung. Seringkali kita akan diberi kemudahan untuk memuat beberapa domain sekali gus dalam satu akaun.

Antara pilihan pakej yang disediakan oleh pihak Saleiz.com

Perkara ini pastinya memberi kelebihan kepada pihak kita kerana tidak perlu berbelanja besar untuk membolehkan semua laman atau domain kita berada di alam maya ini. Selain itu, ianya juga memudahkan kita untuk memuat naik fail ataupun memasang CMS dan pelbagai lagi. Semuanya terkumpul dalam satu panel kawalan berpusat seperti cPanel, direct admin, plesk dan seumpamanya.

Proses selenggaraan juga mungkin lebih mudah, kerana kita hanya perlu mengingati satu kata laluan untuk akaun cPanel dan akaun FTP tersebut. Namun begitu kelebihan atau kemudahan ini hadir bersama-sama dengan risiko atau kekurangan yang lain pula.

Sekiranya kita menggunakan satu akaun shared hosting untuk semua laman sesawang kita, termasuk blog, laman perniagaan dan lain-lain lagi. Ini akan memudahkan juga para penyerang untuk menggodam seluruh laman dalam rangkaian kita. Sekiranya salah satu domain tersebut menggunakan script yang tidak dikemaskini atau mempunyai lubang keselamatan yang boleh diceroboh, kebarangkalaian semua domain yang berada dalam satu akaun untuk dicerobohi juga adalah tinggi.

Contoh laman yang telah diserang malware atau virus

Laman yang telah dijangkiti dan menerima notis amaran

Selain itu, sekiranya satu domain telah dijangkiti malware atau virus, jangkitan ke seluruh domain dalam akaun shared hosting yang sama adalah tinggi sekiranya kita tidak mengambil langkah awal untuk mencegahnya. Tujuan asal untuk berjimat cermat akan menyebabkan kita terpaksa berbelanja lebih besar sekiranya laman kita disenaraihitamkan atau mempunyai masalah keselamatan yang kritikal. Selain itu, untuk menyelenggara satu-satu akaun yang mempunyai banyak domain di dalamnya adalah lebih rumit dan mengambil masa yang lama.

Oleh yang demikian, sebelum kita terburu-buru untuk membeli shared hosting yang besar untuk memuatkan semua domain kepunyaan kita dalam satu akaun, berhenti sejenak. Fikirkan apakah itu memang apa yang kita inginkan. Mungkin lebih baik mengambil 10 akaun shared hosting yang kecil berbanding 1 akaun shared hosting yang besar untuk memuatkan sepuluh domain kepunyaan kita. Ini sekadar nasihat daripada pihak kami setelah membantu ramai pelanggan dalam mengatasi masalah malware atau pencerobohan yang mereka alami.

Kebanyakannya adalah disebabkan domain bersama dalam satu akaun yang tidak diselenggara dengan baik kerana ianya hanyalah domain sampingan yang tidak mendatangkan hasil. Semoga kita menjadi empunya laman sesawang yang lebih teliti dalam perancangan asas untuk pemilihan shared hosting. Sekiranya anda perlukan bantuan konsultasi percuma mengenai pemilihan domain ini, anda boleh menghubungi pihak Eizil Network untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada kami.

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan

Irwan Alessa

29 August 2013, 12:36 PM

Bahaya juga ya.. Langkah selamat biar ada 1 domain pada 1 hosting.. Tapi bagaimana adanya subdomain? adakah mainblog kita akan terjejas??

Reply

    Eizil

    29 August 2013, 12:37 PM

    subdomain yang menggunakan akaun hosting yang sama juga mempunyai risiko yang sama jika tidak diselenggara dengan baik.

    Reply

Khairul Zamri

29 August 2013, 01:27 PM

Tak sangka bahaya rupanya bahaya, parked domain byak2 bahaya jugak ke?

Reply

    Eizil

    29 August 2013, 01:32 PM

    parked domain konsep berlainan, sebab parked domain hanya menumpang nama pada web utama, selagi kita menjaga web utama, so tiada masalah. tapi kalau web utama tu kena malware, semua parked domain akan terkena juga sekali gus.

    Reply

titan

29 August 2013, 02:45 PM

aku dah puas kena. haha..

Reply

AUC

29 August 2013, 03:27 PM

dah terkena, belajar dari pengalam sikit… le ni beli asing2 dah 🙂

Reply

Zulhilmi Zainudin

29 August 2013, 06:04 PM

Menarik bro Eizil. Selain daripada plugins, apakah lagi yang mendorong kepada masalah sekuriti yang kerap dilaporkan?
Berminat juga ingin tahu sebab-sebab utama yang lain.

Reply

    Eizil

    29 August 2013, 06:14 PM

    Selain plugins, theme yang bermasalah juga boleh menjadi punca, selain itu versi WordPress yang tidak dikemaskini, versi perisian server, kegunaan password dan kata laluan yang lemah, atau penggunaan perisian pirate juga boleh menyumbang kepada masalah sekuriti laman sesawang atau akaun hosting secara umumnya.

    Reply

      Zulhilmi Zainudin

      29 August 2013, 06:16 PM

      I see. Ok bro Eizil. Terima kasih!

      Reply

Norfanil

30 August 2013, 04:46 AM

ada risiko ye? adehh.. ada blog dalam hosting kena malware.. dah cuba nak delete tap tak tau mana puncanya..

Reply

    Eizil

    30 August 2013, 06:40 AM

    yup, risiko memang ada, pihak Eizil Network ada menyediakan perkhidmatan pembersihan malware. Boleh hubungi kami jika perlukan perkhidmatan tersebut.

    Reply

Naziman Azlye

28 September 2013, 07:13 AM

Baru tahu ni. Sekarang ni kalau update satu blog, kena update juga blog lain. Kalau tak, makin tinggi kos.

Reply

iAwani

05 October 2013, 01:48 AM

saya berminat dengan topik ini..terima kasih atas infonya, Eizil.

Reply

shaifful

07 September 2014, 07:27 AM

Salam, sebenarnya kena faham maksud sebenar shared hosting ni. Shared hosting ini ialah satu keadaan dimana dalam satu server ada ramai orang yang berkongsi atau ditempatkan bersama2. Contohnya satu server boleh menempatkan 300 akaun, yang mana setiap pengguna atau user akan berkongsi setiap RAM, HARDISK, CPU dan lain2 lagi. Jika anda semua biasa buka CPanel, dan biasa menggunakan File Manager, anda akan dapati path utk ke laman web atau direktori anda ialah cthnya /home/user/public_html (beza antara host dengan host yg lain path ni). So apabila hackers menyerang satu akaun pada shared hosting, mereka mempunyai kelebihan sekiranya mereka dapat buat reverse DNS (ini cara untuk dptkan nama2 domain yang ada pada satu server) atau boleh mendapatkan semua nama2 akaun pada server tersebut dan seterusnya membuat symlink. Symlink ni plak adalah satu cara yang digunakan oleh hackers untuk membuat capaian kepada akaun2 lain tanpa perlu memasuki direktori sebenar mereka, tapi pada masa yang sama juga. Sebenarnya, sekiranya hackers dah dapat masuk ke server shared hosting, pertimbangkan keadaan sebegini.. server tu dah dicerobohi dan telah dikompromi. Kalau dibersihkan satu akaun pun belum tentu server itu bersih. Maka semua akaun dan server tersebut perlu dibersihkan, biasanya sebab si hackers boleh menyembunyikan malwarenya dalam server tersebut.

Harap dapat faham apa sebenarnya shared hosting. Bukannya semestinya satu akaun, satu domain je yg boleh kena hack. Satu domain dan keseluruhan server dan domain2 lain pun boleh dihack apabila hackers dah dpt masuk.

Tq

Reply

Kakiblog

21 November 2014, 09:32 AM

lebih baik berhati-hati kerana bila dah kena akan susah hati jadinya

Reply

kereta sewa shah alam

04 December 2014, 06:18 PM

bahaya jugak kalau parked domain banyak2 dalam 1 hosting.
so apa pendapat terbaik kalian?
1 hosting = 1 domain?

Reply

mira

14 October 2016, 12:06 AM

Ooo.. ingt nk senang pakai 1 aje. Rupanya bahaya jugak..

http://amanahbuatku.blogspot.my/2016/10/banyaknya-kelebihan-bawang-putih-yang.html?m=1

Reply