#

Kelebihan menggunakan WordPress

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

WordPress merupakan skrip pengurusan isi kandungan yang telah mendapat tempat di kalangan para blogger terkenal dari dalam mahupun di luar tanahair. Namun begitu, tidak dapat dinafikan masih ramai pengguna platform lain terutamanya platform blogspot yang berasa takut atau khuatir untuk berpindah ke WordPress (self-hosted). Kami di Eizil Network memahami perasaan anda dan di sini kami ingin membantu anda untuk berhijrah ke platform yang memberikan anda lebih kawalan, iaitu platform WordPress (self-hosted).

Menurut builtwith.com, WordPress digunakan oleh lebih 7.5 juta laman sesawang di seluruh dunia dan daripada jumlah tersebut, 1.3 juta adalah merangkumi laman sesawang yang kerap dilawati. Ini menunjukkan betapa WordPress menjadi pilihan ramai penggiat laman sesawang termasuk blogger.

WordPress adalah sangat mudah untuk digunakan, anda hanya memerlukan beberapa jam untuk memahami perjalanannya (melalui seminar yang kami jalankan). Selain itu, terdapat banyak sumber tutorial, template percuma, plugin percuma yang anda boleh gunakan atau perolehi. Ini memudahkan lagi pengurusan laman WordPress anda untuk apa tujuan sekalipun.

WordPress juga secara asasnya sudah mesra enjin carian (SEO), ditambah dengan template yang baik, plugin yang bagus, tahap SEO laman WordPress anda akan meningkat secara mendadak, tanpa perlu bersusah payah untuk mengubahsuai template atau theme anda sendiri.

Eizil Network juga menyediakan perkhidmatan ubahsuaian dan pertanyaan sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah dan sekiranya anda merupakan pelanggan Saleiz Webhosting, bantuan untuk pelbagai masalah biasanya akan diberikan secara percuma (selagi tidak melebihi had yang ditetapkan).

Bersama dengan ini, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama dengan kami menggunakan platform WordPress, terdapat promosi khas yang pihak Eizil Network sediakan untuk sesiapa yang berminat untuk berpindah dari Blogspot ke WordPress, atau sekadar ingin bertukar hosting dengan kami. Mari sama-sama kita tonton video promosi yang telah kami sediakan khusus untuk anda semua.

Anda hanya perlu menggunakan kupon PINDAHWP semasa membuat pesanan di Saleiz Webhosting untuk mendapatkan perkhidmatan pindah blogspot ke WordPress secara percuma. Anda juga layak untuk mendapatkan perkhidmatan Sekuriti WordPress dengan separuh harga (50% diskaun) dari harga asal. Domain percuma juga disediakan untuk pendaftaran pakej Silver* (tahun pertama) dan pakej Platinum (percuma selama anda melanggan pakej ini).

Jom pindah ke WordPress

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan

Fauzi Blues

12 May 2013, 12:54 AM

Kalau nak minta Eizil Network re-setting/re-configure blog Fauzi Blues utk lebih mesra seo bleh tak? Brapa hantaran meminang agaknya tu?

Reply

    Eizil

    12 May 2013, 03:30 AM

    InsyaALLAH boleh, boleh hantar email merisik ke hello@acoostic.com untuk butiran lanjut. Terima kasih.

    Reply

Irwan Alessa

12 May 2013, 04:58 PM

Jom ke wordpress.. Hehehe terima kasih bro.. Haru kedua bersama wordpress biasa-biasa saja.. Blog bro pun menawan.. Bab comment thread pada blog saya mungkin mengalami sedikit masalah selepas install plugin thread comment tu.. ada penyelesaian tak bro..

Reply

Hafizul

13 May 2013, 12:44 AM

Emm betul kan eizil..WP lebaih mudah dan senang..hehe..lama tak singgah kat blog Eizil..dah banyak perubahannya…

Reply

hafizrahim

13 May 2013, 01:01 AM

Pakai wordpress memang berbaloi..mesra pengguna juga.

Reply

Anarm

13 May 2013, 04:00 AM

WordPress memang terbaik! Cepat2 la berpindah ke WP.. Tawaran menarik ni..

Reply

myvitrd

15 May 2013, 01:59 PM

insyallah.. memang niat nak pindah dari blogspot ke WP dah ada..

Reply

Cek ke 20 dari Nuffnang | shakiddo.com

15 May 2013, 04:19 PM

[…] kini masa anda untuk berubah ke WordPress! Nak pindah, jom baca entry sifu saya >>> KELEBIHAN MENGGUNAKAN WORDPRESS. Ada promosi hebat […]

Reply

zuan

21 May 2013, 01:44 AM

sangat berminat bro.. dah tak tidur lena sekarang ni..hahaha

Reply

    Eizil

    21 May 2013, 05:22 AM

    kalau berminat boleh submit order di client.saleiz.com

    Reply

Kelas Tutorial Wordpress | shakiddo.com

10 June 2013, 01:40 PM

[…] kini masa anda untuk berubah ke WordPress! Nak pindah, jom baca entry sifu saya >>> KELEBIHAN MENGGUNAKAN WORDPRESS. Ada promosi hebat […]

Reply

Mitos yang menjadi kerisauan jika berpindah ke WordPress | Eizil Network & IT Solutions

17 June 2013, 09:25 PM

[…] hampir enam minggu pihak Eizil Network menjalankan kempen Jom Pindah ke WordPress, dan sepanjang tempoh itu, sudah ada sebilangan pengguna blogspot yang mengambil langkah untuk […]

Reply

Hijrah Blogspot Ke Wordpress Selepas 4 Tahun

23 June 2013, 06:23 PM

[…] My answer is tiada yang tak bagus, it is all depend on your own ‘dessert’. Setiap satu platform ada pros and cons. Up to user itself la nak decide mana better kan? Kalau blogspot tak bagus, tak ada orang nak pakai, dan kalau wordpress sangat bagus, takkan ada orang pakai blogspot. Got my idea? (Sila rujuk Kelebihan Menggunakan WordPress di blog Eizil) […]

Reply

Mohd Helmi

28 June 2013, 02:19 AM

Salam, blogspot dan wordpress sama-sama bagus. Tapi wordpress lebih mudah digunakan, kerana ianya bebas. Berbanding dengan blogspot yang dimiliki oleh Google.inc. 🙂

Reply

JunAina

04 July 2013, 09:53 AM

Bercita2 jugak nak bertukar angin tapi buta IT. Dah tua2 ni belajar pun lambat ja dapat tp nak jugak ada blog sendiri…

Agak2 berapa kos kalau akak serah gitu je blog akak untuk di setupkan (nak mudah je akak ni…hahaha…)

Reply

Innanie Ariffin

13 July 2013, 09:01 AM

tapi dengan gunakan wordpress betulke follower akan hilang??

than macam mana caranya untuk dapatkan follower kembali??

boleh berikan penjelasan berkaitan hal ni “_

Reply

    Izham Alias

    21 July 2013, 02:07 PM

    Followers tu satu hal. Sebab itu ramai bloggers yang bijak akan mengambil emel pembaca. Semestinya pembaca yang tekun dengan blog kita akan subscribe.

    Reply

Ayu Jamal

20 July 2013, 05:13 PM

owh x pernah tahu n ambil tahu yang disini pun ada perkhidmatan webhosting, hmm baru je renew, nampak gayanya nak kena tunggu setahun lagi, haha

Reply

Anuar

27 July 2013, 05:09 AM

Memang berminat nak tukar kepada WordPress… Tapi belum berkesempatan lagi… Melainkan Bro Eizil boleh setupkan kesemuanya dengan harga Pakej sedia ada…

Reply

    Eizil

    30 July 2013, 04:49 PM

    Memang saya akan setupkan / pindahkan blog sedia ada dengan tawaran pakej sekarang ni. 🙂

    Reply

cikgunas

29 October 2013, 01:44 AM

salam tuan. ada buat perkhidmatan untuk jadikan blog lebih mesra SEO dan lebih laju. thanks

Reply

    Eizil

    02 November 2013, 01:06 AM

    wassalam, ya saya ada sediakan perkhidmatan tersebut, tuan boleh gunakan page hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut

    Reply

mira hamzah

19 October 2016, 11:57 PM

Salaam tuan. Menariklah wp. Kalau macam saya baru mula blogging. Guna blogspot. Nak kena naikkan traffik dulu ke, atau leh terus pindah ke wp.

Reply