#

Kesan menggunakan barangan cetak rompak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

penggunaan barangan cetak rompak ini bukanlah perkara yang baru dan ianya terus dilakukan sehingga saat artikel ini ditulis. Punca utama mengapa kebanyakan barangan ini dicetak rompak biasanya adalah faktor harga yang tinggi. Namun begitu, kegiatan cetak rompak ini telah berleluas sehinggakan barangan yang murah pun menjadi mangsa. Aktiviti cetak rompak ini telah berleluasa hingga ke alam maya juga. Banyak perisian yang telah dicetak rompak dan diedarkan secara percuma.

Lazimnya pengguna barangan cetak rompak ini sedar yang mereka melakukan kesalahan, namun disebabkan pelbagai sebab, mereka tetap menggunakannya. Kali ini ingin berkongsi apakah risiko atau kesan sekiranya kita menggunakan perisian cetak rompak, termasuk theme atau plugin WordPress, dan CMS yang lain.

Dijangkiti Malware

Ramai yang mengedarkan perisian cetak rompak ini mempunyai niat yang lain, mereka ingin mengumpul data, mengedarkan malware atau virus dan pelbagai lagi tujuan yang tidak baik. Sekiranya mereka boleh mencetak rompak sesuatu perisian, tidak mustahil untuk mereka berkemampuan untuk mengubahsuai perisian tersebut sehingga menjejaskan kegiatan atas talian kita. Sudah banyak kes di mana laptop atau komputer dijangkiti virus yang berbahaya sehingga menyebabkan semua data hilang dan seumpamanya. Ini adalah perkara yang perlu diambil perhatian, jika tidak kita akan menjadi mangsa perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.

Risiko sekiranya anda menggunakan perisian cetak rompak

Sekadar gambar hiasan (kredit: modmyi.com)

Tahukah anda, sekiranya kita menggunakan perisian FTP yang dicetak rompak, risiko laman sesawang kita dijangkiti juga adalah tinggi. Ada dua kes sekitar tahun 2008 melibatkan perisian FTP sebegini yang menyebabkan laman sesawang pelanggan Eizil Network pada ketika itu dijangkiti malware. Kebetulan masalah disedari lebih awal, dan langkah pencegahan telah diambil pada masa yang cepat. Jika tidak kesan keatas laman sesawang itu pastinya berpanjanganan.

Ralat yang sukar dikenalpasti

Menggunakan perisian atau skrip cetak rompak ini, adakalanya kita akan berdepan dengan ralat yang tidak dapat dikenalpasti. Ini kebiasaannya memang ralat yang sengaja disediakan untuk tujuan agar kita akan klik pada butang atau pautan yang tidak sepatutnya, sekaligus akan memberikan kelebihan kepada pencetak rompak. Perkara yang sukar untuk dikenalpasti tetapi sudah menjadi salah satu perkara yang dirancang oleh mereka. Jadi kita perlu berhati-hati untuk tidak memilih jalan ini kerana mungkin ada butiran peribadi yang akan terlepas ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Sekiranya anda ingin menjadikan alam maya ini sebagai medan atau arena anda untuk menjana pendapat, perlulah mengikut resam perniagaan yang sebenar, perlu keluarkan modal dan sebagaianya.

Pemasangan backdoor / Pintu belakang

Sekiranya kita menggunakan plugin atau theme yang sebenarnya berbayar, tetapi kita memuat turun dari laman-laman warez yang menyediakannya secara percuma, kita juga terdedah dengan pelbagai fungsi yang kadangkalanya mempunyai backdoor atau pintu belakang yang membolehkan individu atau kumpulan yang menyediakan bahan cetak rompak itu untuk menceroboh laman kita. Disebabkan kita tidak ingin mengeluarkan modal untuk membayar sejumlah wang, kita terdedah dengan kerugian yang lebih banyak lagi. Sudah terlalu banyak kes sebegini yang pihak kami jumpa, kebiasaannya kami suruh pelanggan tersebut untuk membeli dari pengeluar sebenar, atau membuang terus skrip tersebut.

Kami di Eizil Network memang tidak akan membetulkan sebarang masalah yang melibatkan skrip atau perisian cetak rompak. Kami merasakan aktiviti ini adalah tidak bagus untuk industri alam maya ini, dan sedaya upaya kami cuba untuk mengelakkan daripada terlibat dengan aktiviti sebegini. Sekiranya anda memerlukan custom-made theme, plugins atau system, pihak kami ada menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda hanya perlu menggunakan halaman Hubungi Eizil Network untuk mendapatkan sebut harga daripada pihak kami.

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan

Mohd Shubhi

10 September 2013, 01:01 PM

Satu ilmu baru buat saya…tq kerana sudi berkongsi.

Reply

suraya

10 September 2013, 01:01 PM

btol tu.. yang cetak rompak tak kan sebaik yg original.. mst ada side effect dlm sedar atau pun tak..

Reply

titan

10 September 2013, 01:03 PM

hoho..betul tu. betul..

Reply

Kamil Salleh

10 September 2013, 01:56 PM

Sesuatu info yang bagus esbagai peringatan..tepuk dada tanya diri sendiri?

Reply

Blogger Top Star

10 September 2013, 01:58 PM

Apa yang menarik berkenaan info dan tip sama-sama kita berkongsi. Info ini sangat menarik sebagai peringatan.

Reply

attiey

08 July 2015, 02:25 PM

bahaya guna bahan cetak rompak tapi ramai juga yang masih buat tak tahu sebab tak faham kesan. Tq share info

Reply

attiey

08 July 2015, 03:35 PM

Jangan guna bahan cetak rompak baru selamat.

Reply