#

Pengurusan plugins dalam WordPress

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pengguna WordPress pastinya sudah tidak asing dengan penggunaan plugins dalam laman blog masing-masing. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan percuma WordPress.com pastinya penggunaan plugins hanya terhad kepada yang dibenarkan. Namun berbeza pula sekiranya anda menggunakan WordPress (Self-hosted) yang membolehkan anda memasang apa jua plugin yang anda inginkan. Artikel kali ini ingin berkongsi bersama rakan-rakan pembaca mengenai pengurusan plugins. Sekiranya anda masih tertanya-tanya sama ada perlu atau tidak menggunakan plugin, boleh rujuk artikel Antara menggunakan plugin atau tidak, manakah lebih baik?

Pemilihan plugins

» Tarikh kemaskini

Sekiranya anda menggunakan WordPress Admin Dashboard untuk mencari plugins, anda boleh lihat tarikh akhir plugins tersebut dikemaskini, versi WordPress minima yang diperlukan untuk plugin itu berfungsi dengan baik dan juga sehingga versi ke berapa plugin itu boleh digunakan. Ada sesetengah plugin memang akan berfungsi dengan baik walaupun telah lama tidak dikemaskini, namun begitu, cuba elak menggunakan plugin yang berusia lebih daripada 18 bulan kerana kebarangkalian developer asal plugin tersebut sudah mengabaikan pembangunan plugin tersebut adalah tinggi.

Walaupun demikian, anda masih boleh cuba untuk menghubungi developer tersebut untuk mendapatkan kepastian, ada kemungkinan beliau sedang membangunkan versi yang lebih baik untuk plugin tersebut. Namun jika tiada berita daripada pembangun plugin tersebut, lebih baik anda lupakan atau cuba cari plugin alternatif untuk digunakan.

Anda perlu merujuk bahagian details plugin ini untuk membuat penilaian

Contoh paparan maklumat plugin untuk rujukan anda.

» Rating plugin

Rating dalam paparan maklumat plugin tersebut juga boleh dijadikan rujukan untuk penilaian sesuatu plugin, sekiranya plugin tersebut mempunyai jumlah download yang banyak, tetapi ratingnya hanyalah sedikit, ada kemungkinan besar plugin itu mempunyai masalah dan mungkin akan mengganggu perjalanan laman WordPress anda.

»Reputasi developer

Ini boleh juga dijadikan sebagai salah satu aspek pemilihan sesuatu plugin, terutama plugin yang kurang terkenal. Anda boleh melihat forum support di laman plugin itu untuk melihat sama ada developer cuba menyelesaikan masalah berkaitan plugin beliau ataupun tidak. Selain itu, carian google juga boleh digunakan untuk melihat projek-projek atau komen-komen yang berkaitan dengan developer tersebut. Ini juga adalah langkah penting sekiranya anda ingin menggunakan plugin yang tidak dimasukkan ke Plugin Directory WordPress.org

Penggunaan Plugin

» Kenalpasti prestasi plugin

Perkara utama yang perlu anda lakukan selepas mengaktifkan sesuatu plugin adalah untuk mencuba prestasi laman WordPress anda. Anda boleh membuat rujukan menggunakan gtmetrix.com ataupun tools.pingdom.com untuk melihat sama ada plugin tersebut memberi kesan negatif kepada prestasi keseluruhan blog anda. Sekiranya ianya memberi kesan negatif yang drastik, cuma buat carian bagaimana untuk optimasi plugin tersebut. Kebiasaannya sudah terdapat pelbagai solusi untuk mengatasi masalah tersebut, namun sekiranya anda tidak menemui jalan penyelesaian, lebih baik nyah aktif plugin tersebut buat sementara waktu.

Anda boleh juga boleh menggunakan plugin P3 (Plugin Performance Profiler) untuk membuat penilaian.

» Kemaskini plugin

Sudah menjadi rutin biasa, plugin-plugin yang dibangunkan akan menerima kemaskini dari masa ke semasa. Ini kebiasannya adalah perkara penting kerana ia melibatkan fungsi baru, atau kemaskini keselamatan yang mendatangkan keuntungan kepada kita sebagai pengguna plugin tersebut. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang kemaskini pada plugin yang anda gunakan, pastikan anda membaca changelog atau berita mengenai versi terbaru tersebut, dan terus lakukan kemaskini.

Namun begitu, ada juga sesetengah kejadian di mana selepas kemaskini dibuat, plugin tidak berfungsi dengan baik dan sebagainya. Anda boleh hubungi developer tersebut untuk melaporkan ralat tersebut dan menerima jalan penyelesaian sekiranya ada.

» Jumlah plugin

Ramai yang masih keliru mengenai jumlah plugins dan prestasi blog anda. Ramai berpendapat sekiranya plugin lebih banyak, prestasi blog juga akan menurun. Walaupun pada dasarnya penyataan ini nampak seperti benar, tetapi ianya tidak benar sekiranya anda menguruskan semuanya dengan baik. Kami sendiri mempunyai blog yang menggunakan lebih 40 plugins tetapi kelajuan laman blog dan seumpamanya masih dalam keadaan yang baik. Jumlah plugins tidak berkadar langsung dengan prestasi sesuatu laman WordPress.

Pengurusan Plugin

» Padam atau nyah aktif

Sekiranya anda tidak memerlukan sesuatu plugin itu, sila pastikan anda nyah aktifkan plugin tersebut dari WordPress Admin Dashboard anda. Ini adalah untuk mengelakkan daripada sumber yang tidak perlu digunakan oleh pelayan laman anda. Dan sekiranya anda tidak mahu menggunakan plugin itu lagi, sila buang plugin tersebut dari laman anda. Elakkan daripada plugin yang tidak digunakan terus berada dalam ruangan hosting blog anda.

Kesimpulan

Penggunaan plugin dalam laman WordPress adalah sesuatu yang memudahkan, ianya membolehkan anda menukarkan laman anda daripada sebuah blog biasa, kepada laman jualan, laman kelab keahlian, laman mini dan sebagainya. Ini semua adalah kelebihan penggunaan plugins, semua kod diselenggara oleh developer yang sentiasa maju menambah baik plugin mereka. Sekiranya ada perkara yang tidak jelas, anda boleh tinggalkan soalan anda di ruangan dibawah.

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan

akubiomed

15 September 2013, 09:17 AM

Saya pun tidak sangka ada beberapa plugin yang digunakan ada beri masalah compatibility. Sudah mansuh beberapa plugin yang dikenal pasti beri masalah.

Reply

Dawaihati

15 September 2013, 09:24 AM

Perkongsian yang bermanfaat sekali bagi para pengguna wordpress (self hosted), termasuk saya hehehe

Bro, sebenarnya ada yang mau saya tanyakan mengenai kelangsungan blog dawaihati….

Reply

hanifftj

15 September 2013, 09:43 AM

nak kena ikut kelas nie.. hehe

Reply

Zuan

15 September 2013, 10:06 AM

nanti kelas den nak cungkil banyak lagi.. tapi mungkin nextmonth la, xde fulus nak ke kelas minggu depan πŸ™

Reply

Kamil Salleh

15 September 2013, 10:40 AM

Salam..tak sangka pula plugin banyak tidak mendatangkan masalah pada blog. Nak tanya saudara Eizil??
1- Nak check plugin ini, result yang bagaimana boleh dikatakan baik?
2- Ada tak plugin yang boleh check plugin mana yang bermasalah di blog kita?
3- Boleh ke saudara Eizil syorkan plugin apakah yang terbaik untuk digunapakai di sesebuah blog itu beroperasi dengan amat baik, maksud saya dari segi SEO, optimizition, loading, meta tag, sosial media, share sosial, antispam, top commentator dan sebagainya.
4- Apakah plugin yang digunakan untuk meletakkan iklan di blog kita.

Maaf banyak pertanyaan pula, maklum sajalah masih baru dalam bab wordpress ini.

Reply

Bahrain

15 September 2013, 10:51 AM

Thanks for da info.

Reply

sohoque

15 September 2013, 11:01 AM

baru lps install plugin P3

Reply

papa mifz

15 September 2013, 11:58 AM

den pun tak pasti samaada ada plugin yang jejaskan performance blog den atau tidak…huhu

Reply

Mohd Shubhi

15 September 2013, 01:08 PM

Satu ilmu yang cukup berguna buat saya. Terima kasih banyak-banyak…!

Reply

Khairul Zamri

15 September 2013, 02:50 PM

Install plugin yang high rate dan user choice atau kebanyakan orang guna πŸ™‚

Reply

Khairil Mazri

15 September 2013, 11:46 PM

perkara yang wajib bila menggunakan WordPress. thanks for ur information πŸ˜€

Reply

pahan

20 September 2013, 06:57 AM

hehe. tip berguna ni.hehe. tq πŸ™‚

Reply

muhammad fakhruddin

29 September 2014, 07:37 PM

Setakat ini semua plugin yang dipakai ok, melainkan beberapa yang bermasalah dengan hosting.

Almaklumlah guna shared hosting.

Reply

MrZamri

02 November 2014, 11:14 PM

Biasanya akan ada alert untuk update plugin.
Tentang compability tu kena check masa nak install.
Kalau dah install kena la check satu2

Reply

Kakiblog

21 November 2014, 09:36 AM

antara keseronokan guna WP ialah plug-in yang best-best

Reply

fyna

02 December 2014, 09:32 PM

blog fyna pun macam dah pening je lately nih. nih pun dah tukar theme baru, huhuhu…

Reply

Farah Alina

22 October 2016, 12:31 AM

Memang saya kurang faham tentang plug in ni..

Reply