#

Pentingnya kata laluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

dalam artikel Kawalan keselamatan akaun emel, kita ada membincangkan mengenai kata laluan yang baik dan juga langkah pengesahan dua peringkat dalam mengawal akaun emel kita agar sukar untuk diceroboh. Kali ini, kita akan membincangkan bagaimana untuk menggunakan kata laluan yang baik, tetapi dalam masa yang sama ianya tidak sukar untuk kita ingati.

Kata laluan yang baik kebiasaannya mengandungi huruf kecil dan besar, nombor serta aksara istimewa seperti &,+,= dan seumpamanya. Namun begitu, ramai yang masih ragu-ragu untuk menggunakan kata laluan seperti ini kerana khuatir akan mudah lupa dan mengalami masalah yang lebih besar, iaitu tidak dapat daftar masuk ke akaun masing-masing. Sebenarnya, sekiranya kita mempunyai teknik atau perancangan yang baik, kita boleh menggunakan kata laluan seperti ini tanpa sebarang masalah. Mari kita lihat bagaimana kita boleh menggunakan kata laluan yang baik, tetapi dalam masa yang sama mudah untuk diingati.

Sepanjang penglibatan dalam bidang pembangunan laman sesawang ini, acapkali kami menerima aduan kata laluan diceroboh, atau apabila kami minta kata laluan yang digunakan untuk akaun hosting untuk tujuan pemasangan sistem dan sebagainya, masih ramai yang menggunakan kata laluan mudah teka seperti abc123, qwerty, 0123456789 dan banyak lagi. Ini semua hanya membuatkan kita sebagai sasaran mudah kepada penceroboh.

Pastikan kata laluan anda adalah selamat

Sekadar gambar hiasan, kredit: shredquick.com

Lazimnya, kita akan cenderung untuk menggunakan nombor ic, nama samaran, atau nama sebenar sebagai kata laluan. Ini tidak salah, tetapi akan memudahkan akaun kita dipecah masuk oleh mereka yang memang mengenali kita dengan rapat. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita merancang paten yang mudah untuk kita ingati, tetapi tidak diketahui oleh orang lain.

Contohnya kita telah menetapkan paten kata laluan kita adalah seperti berikut; 3 aksara pertama kata laluan adalah nombor, diikuti oleh huruf besar, seterusnya huruf kecil dan akhir sekali adalah simbol istimewa.

Contoh kata laluan menggunakan paten yang telah kita cipta adalah seperti berikut : 786Eizilnetwork==

Contoh tersebut mungkin bukanlah contoh kata laluan yang baik, tetapi dengan paten sebegini, ianya lebih mudah untuk kita mencipta kata laluan yang baik. Nombor awalan itu kita boleh gunakan nombor akhir kad pengenalan kita sekiranya kita sukar untuk mengingati nombor lain.

Kemudian perkataan yang kita gunakan itu juga boleh ditulis dengan pelbagai cara. Contohnya perkataan Eizilnetwork yang kita guna dalam contoh di atas tadi. Berikut adalah beberapa variasi penulisan perkataan yang sama, cuma menggunakan teknik yang berbeza.

#1 31z1Ln3tw0rk
#2 E|z|LnE+w0rk
#3 e!z!LnetwOrk
#4 e/z/Ln3Twork

Itu antara variasi yang boleh kita gunakan, anda boleh menggantikan huruf biasa dengan nombor atau simbol yang terdekat, dan mudah untuk anda ingati, tidak perlu bersusah payah untuk menggunakan simbol yang tiada persamaan. Dalam variasi yang ditunjukkan, anda dapat melihat bagaimana perkataan biasa telah ditukar menjadi lebih rumit. tetapi masih mudah untuk diingati oleh anda. Kenapa mudah? kerana perkataan masih tetap sama, cuma cara penulisan yang berbeza dan anda tidak perlu menggunakan semua variasi, cukup sekadar menggunakan satu variasi yang mudah untuk anda ingat.

Apabila penulisan perkataan diubah, digabung dengan awalan nombor, dan akhiran simbol istimewa, kata laluan anda akan menjadi lebih baik dan akan meningkatkan keselamatan akaun-akaun alam maya anda. Walaupun masih terdapat perkara-perkara lain yang perlu dititikberatkan, namun ini adalah langkah awal pencegahan daripada sebarang pencerobohan akaun anda.

Sekiranya anda malas untuk memikirkan bagaimana menukarkan kata laluan kepada simbol, anda boleh menggunakan tool kata laluan yang telah kami bina khusus untuk keperluan anda. Sila gunakan pautan di bawah untuk menggunakan tool kata laluan ciptaan kami itu.

Perkuat kata laluan anda

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan

Irwan Alessa

04 June 2013, 06:02 PM

Terkadang orang tak perasan benda ini juga merupakan keselamatan, boleh la tukar.. 🙂

Reply

zhazmi

04 June 2013, 11:38 PM

biasa guna huruf besar dan dot je.. hahah.. tips yang bagus

Reply

Anarm

05 June 2013, 04:55 AM

paling tak best bila ada sesetengah laman web tu tak benarkan kita guna apa2 simbol dlm kata laluan.. rasa tak yakin bila takleh guna simbol.. terpaksa guna huruf + nombor je..

Reply

    Eizil

    05 June 2013, 02:13 PM

    tu aa kan, ada sesetengah tu siap limitkan jumlah aksara kepada hanya maksima 8-10 sahaja, jenuh gak kekadang bila kita ingin gunakan kata laluan yang lebih panjang.

    Reply

      Anarm

      05 June 2013, 02:38 PM

      yang limit 8-10 tu pun boleh buat rasa tak yakin dgn kekuatan password.. apa salahnya kalau buat standard mcm yg lain2 boleh tulis panjang2 dgn simbol sekali

      Reply

sohoque

05 June 2013, 05:00 AM

perkongsian yang amat berguna. terima kasih tuan

Reply

Bidadari

19 July 2013, 03:51 PM

Apa yang penting kata laluan ke bank kita tu mesti unik dan tiada klu yang orang boleh teka senang-senang. Saya sekarang tengah nak tukar kata laluan untuk langkah keselamatan..

Reply

Pengurusan Kata Laluan Akaun Internet

12 January 2014, 01:19 PM

[…] yang pernah dikongsikan oleh saudara Eizil di blognya tentang pentingnya kata laluan, pilihan kata laluan yang kuat akan dapat memastikan setiap akaun kita sukar untuk diceroboh dan […]

Reply

mira

14 October 2016, 12:31 AM

Guna 1 for all aje..tapi yang susah orang nak copy atau agak..ok kan.. tapi kalau orang tau abeh..masak lah..

http://amanahbuatku.blogspot.my/2016/10/mana-peranan-ayah-bila-ibu-susui-bayinya.html

Reply