#

Pentingnya pengurusan struktur permalinks

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

artikel kali ini ingin mengajak rakan pembaca berbincang mengenai permalinks, sekiranya anda masih tidak pasti apakah itu permalinks, ia adalah struktur pautan laman sesawang anda. Terdapat pelbagai cara anda boleh membuat tetapan untuk struktur permalinks anda, sekiranya anda menggunakan wordpress, struktur asas yang disediakan adalah seperti berikut:

www.eizil.my/?p=318

Namun begitu, ini bukanlah struktur yang baik, kerana tiada maklumat yang boleh dirujuk daripada struktur tersebut melainkan hanya nombor 318. Sekiranya anda menggunakan blogspot, struktur permalinks yang banyak digunakan adalah seperti berikut

namablog.blogspot.com/tahun/bulan/tajuk.html

Daripada struktur ini, kita dapat lebih maklumat iaitu tahun dan bulan bila artikel itu diterbitkan, dan juga tajuk utama artikel tersebut. Ini adalah sesuatu yang jelas dan baik, kerana ianya memberi gambaran awal mengenai artikel kita kepada pembaca yang akan melayari laman sesawang kita. Enjin carian juga dapat maklumat awal hanya daripada pautan yang telah kita guna ini.

Namun begitu, ramai yang mempunyai tanggapan bahawa untuk mendapatkan skor SEO yang tinggi, struktur permalinks perlulah seperti berikut:

domainanda/tajuk-artikel

Ini adalah amalan yang tidak dinafikan membantu, namun begitu, ini bukanlah satu-satunya struktur permalinks yang boleh digunakan yang akan membantu, struktur permalinks seperti berikut juga boleh diamalkan

domainanda/nama-kategori/tajuk-artikel

atau

domainanda/nama-kategori/tajuk-artikel.html

atau

domainanda/tajuk-artikel.html

atau mana-mana struktur yang memberikan penerangan ringkas mengenai artikel yang kita tulis.

Dan sekiranya anda berpindah daripada blogspot ke WordPress, anda boleh meneruskan penggunaan struktur permalinks seperti mana yang digunakan pada akaun blogspot anda. Walaupun mungkin anda merasakan akan mengalami kerugian kerana tidak boleh menggunakan struktur permalinks seperti rakan-rakan yang lain, namun sekiranya puluhan atau ratusan artikel anda telah mendapat kedudukan yang baik di semua enjin carian dan juga di mata pembaca, penukaran permalinks yang akan menyebabkan ada senggang waktu di mana enjin carian terpaksa mengemaskini semua data dari laman sesawang anda.

Proses peralihan struktur permalinks ini perlu diuruskan dengan baik, kerana jika tersilap langkah, anda akan kehilangan semua jus-jus yang anda telak ekstrak sebelum ini, dan yang tinggal hanyalah hampas yang mungkin sudah tidak berguna (sekadar perumpamaan)

Sekiranya anda mengambil keputusan untuk tetap mengubah struktur permalinks anda, sila pastikan anda membuat permanent redirect (redirect 301) struktur lama kepada struktur baru. Ini adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan broken link ataupun artikel anda tidak boleh dicapai oleh para pembaca anda. Proses untuk membuat permanent redirect 301 ini ada beberapa cara, antaranya menggunakan plugins redirect (sekiranya anda menggunakan WordPress) ataupun membuat tetapan pada file .htaccess anda.

Semoga selepas ini, sekiranya anda ingin membuat laman sesawang baru, ataupun masih menggunakan struktur permalinks asal WordPress yang menggunakan nombor tersebut. Anda boleh merancang terlebih dahulu struktur mana yang anda ingin gunakan dan pastikan anda tidak mengubahnya selepas itu, kerana setiap perubahan struktur akan memberi kesan serba sedikit kepada perjalanan laman sesawang anda. Perancangan yang teliti pada peringkat awal akan membantu anda mengatasi masalah ini daripada berlaku.

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan

AbgferOz

18 September 2013, 02:37 AM

heeee… tips yang menarik.. naseb dah buat awai dlu.. masih baru lagi dalam wordpress banyak lagi nak kna godek2 🙂

Reply

Anarm

18 September 2013, 02:39 AM

Aku suka permalinks ada “.html” kat belakang sebab masa mula2 kenal internet dulu banyak website guna .html kat belakang URL dia..

Reply

akubiomed

18 September 2013, 04:59 AM

Sudah dilakukan. Tempoh hari ubah permalink jadi huru hara sehingga banyak error di Google Webmaster.

Reply

titan

18 September 2013, 08:26 AM

mana-mana pun gua tak kesah. tapi kena setting awal. kalau tak, huru-hara jugak nanti. haha

Reply

blogger lelaki

22 September 2013, 08:19 AM

kalau macam blog yg guna platform blogger nk bertukar kpd Wp…apa efeknya.?

Reply

    Eizil

    22 September 2013, 10:21 PM

    Efek macam mana tuan maksudkan tu ya? dari segi ranking ke atau dari segi apa ya?

    Reply

Mohd Firdaus Muhamad

14 October 2013, 03:44 AM

fuh..masih banyak yang perlu belajar..tapi alhamdulillah..bermula harini saya akan belajar sedikit demi sedikit.thanks bro eizil..

Reply

Zulhilmi Zainudin

17 October 2013, 06:51 AM

Saya prefer yang berakhir dengan “.html”.
Mungkin sudah terbiasa dengan extension seperti ini.

Reply

Mus

22 October 2013, 11:46 PM

Kena dptkan bantuan pakar sebelum ubah-mengubah ni..

Reply

mohdridzwan

29 January 2014, 01:23 PM

Saya masih mengamalkan struktur yang bertarikh dan kemudiannya tajuk.

Sebab tak pasti juga membentu atau tak dalam SEO. Apapun, entry ini sudah menjelaskan mengenainya dengan baik. Good job!

Reply

Farid Laham

22 March 2014, 01:07 PM

bagus tips ni…insyallah akan digunakan dlm blog

Reply

SenyumPerawat.com

24 May 2014, 01:11 AM

wah, belum mahir bermain wordpress
baru di blogger

Reply

fyna

07 July 2014, 03:15 PM

noted tips ini ^_^

Reply

Fyda Noh

06 February 2016, 01:15 PM

Saya lagi suka permalinks yang ada tajuk atau at least keyword tentang artikel

Reply

Farah Alina

14 October 2016, 10:41 AM

Patutlah sifu Idah selalu pesan pasal permalink. Penting ya mat ni ..

Reply

mira hamzah

20 October 2016, 12:04 AM

Tuan, kalau macam tu.. link2 yang kita pernah ‘sangkut’ kat web2 org lain boleh tweganggu ke bila ubah dr blogspot ke wp..
Tq.

Reply

Bagaimana menguruskan pertukaran permalinks dengan baik | Eizil Network & IT Solutions

22 October 2016, 12:13 AM

[…] tahun yang lepas saya ada menulis mengenai pengurusan permalinks, boleh rujuk Pentingnya pengurusan struktur permalinks sekiranya anda masih belum membaca artikel […]

Reply