#

Bagaimana menguruskan pertukaran permalinks dengan baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tiga tahun yang lepas saya ada menulis mengenai pengurusan permalinks, boleh rujuk Pentingnya pengurusan struktur permalinks sekiranya anda masih belum membaca artikel tersebut.

Baru-baru ini, artikel yang saya dirujuk semula oleh beberapa rakan blogger, dan mereka bertanyakan bagaimana untuk mengubah struktur dan membuat tetapan 301 permanent redirect tersebut.

Kita akan belajar 2 teknik untuk melakukan redirection ini tanpa mengganggu trafik yang akan hadir ke struktur yang lama.

Menggunakan plugin 301 Simple Redirect

Cara paling mudah untuk kita mencapai perkara ini adalah dengan menggunakan plugin Simple 301 Redirects. Plugin ini membolehkan kita mengubah struktur dan memberikan signal 301 permanent redirects kepada robot-robot Google disamping membantu pembaca untuk mencapai pautan baru.

Cara untuk menggunakan plugin ini juga begitu mudah, kita hanya perlu isi dua ruang iaitu ruangan struktur permalinks asal dan ruangan struktur permalinks baru.

Contoh:

struktur permalinks asal adalah

/%year%/%monthnum%/%day%/%postname%/

 

struktur baru yang ingin digunakan adalah

/%postname%/

 

setting yang boleh dibuat dalam simple 301 redirects adalah seperti berikut

Contoh paparan simple 301 redirects

kemudian save option dan boleh ubah permalinks struktur dengan tenang.

Menggunakan htaccess untuk redirection

Cara seterusnya adalah kita meletakkan rules redirection dalam file .htaccess yang kita gunakan. Cara ini sesuai untuk yang mahir menguruskan fail dalam pelayan.

Sekiranya anda bukan individu yang mahir, elakkan gunakan option ini kerana ianya boleh mengganggu prestasi atau menyebabkan blog WordPress anda tidak dapat dilayari dengan baik.

Contoh kod .htaccess yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

RedirectMatch 301 /([0-9]+)/([0-9]+)/([0-9]+)/(.*)$ http://www.domain.com/$4

ini untuk struktur seperti yang diatas, sekiranya struktur berbeza, kita perlu ubah kod .htaccess ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah menguruskan redirection ini, boleh ajukan soalan di ruangan komen.

Kongsi pendapat anda

CommentLuv badge

Pendapat yang dikongsikan